Sunday, November 23, 2008

Yoga Haram?

Majlis Fatwa haram yoga

-berita harian online 22 nov 08



ABDUL Shukor menunjukkan kenyataan mengenai kedudukan senaman Yoga selepas dibincang Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Malaysia.

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.


"Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.


"Oleh itu, masyarakat Islam wajib berhati-hati dan berwaspada daripada melakukan perkara yang boleh menghakis dan memesongkan akidah menerusi kepercayaan atau keyakinan hati, menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim yang juga Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Abdul Shukor berkata, senaman yoga yang diperkenalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi tidak sesuai bagi umat Islam kerana ada dua perkara didalamnya yang boleh menghakis akidah umat Islam iaitu kepercayaan untuk bersatu dengan tuhan dan mantera pemujaan.


"Kita harap umat Islam lebih berhati-hati dan kalau boleh segera menghentikan kerana dikhuatiri kalau tidak tahu matlamatnya (bersatu dengan tuhan) boleh menyebabkan kita menjadi sesat.

"Ini kerana ada umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak tahu matlamatnya. Sebenarnya ilmu yoga mengandungi tiga peringkat iaitu ajaran untuk mendatangkan kesihatan, keduanya membersihkan jiwa dan kekuatan fizikal dan peringkat ketiga bersatu dengan tuhan," katanya.

Baru-baru ini seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Amalan yoga didakwa dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Singapura dan Mesir turut mengeluarkan fatwa melarang umat Islam di negara itu mengamalkan senaman yoga kerana memutuskan perkara itu mengandungi bidaah dan sesat kerana mengandungi unsur agama Hindu.

Katanya, keputusan melarang umat Islam melakukan senaman yoga dibuat dalam persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bahru, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober dan ia akan dipanjangkan kepada semua majlis agama Islam negeri untuk diwartakan.


Komen saya:


1 nasihat yg baik yg aku baru baca kt blog FJ, seperti terkena batang hidung sendiri.huhu tapi aku terima dgn hati terbuka. Sebenarnye, sebelum keluar berita ni, ada la join kelas yoga just to fill up my free time and at same time kelas ni x melibatkan stamina yg byk (ada join kelas taekwondo tapi mcm nak pengsan je lepas habis kelas, stamina x cukup & exercise pun malas :P), jadi aku berpendapat yoga adalah kelas yg sesuai utk org spt aku ni. After a while, on & off pergi kelas disebabkan beberapa perkara spt penat keje sabtu, slu kena demam selsema, perut dah isi makanan (cikgu slu pesan 3 jam sblm klas x blh makan sb pergerakan fizikal yg dibuat nti akan menyebabkan badan kita akan memuntahkan balik apa yg dimakan@diminum esp kopi,teh dan susu) & pergi kenduri/bercuti, akhirnya byk ponteng kelasni. aku dapat join pergi kelas lpas raya pun 2 kali je. Rasa mcm ada byk halangan & paling menarik tpt pusat latihan ni dah berpindah ke tpt yg jauh, so lagila bertambah halangan. Halangan2 ni ada hikmah di sebaliknya, aku perlu bertindak utk tidak lg join kelasni dan kemungkinan memilih utk pergi join martial arts lain. Just to add, pagi tadi kt radio IKIM pun siarkan tajuk pasal yoga ni tapi lebih kepada meminta pendapat org ramai xtvt ape yg sesuai menggantikan yoga. bagus juga dengar byk pendapat org yg blh dijadikan contoh spt membuat solat2 sunat, berjogging dan senaman ringan. Kalau dah malas nak kluar, dalam rumah pun boleh exercise cthnye jogging di atas treadmill dan rajin2 kan diri buat solat2 sunat :)



Things to bring for trip@sarawak

This is just additional things that i bring later on (see FJ blogs first ok?)

1. Tickets itenery, purse & money (if you want to convert money to brunei dollar, better change @local places there)

FYI, exchange rate as at today 23 nov 08
1 Malaysian Ringgit = 0.42942 Brunei Dollar

2. Toileteries & lady stuff-all in small bottle-easier for checking@airport

3. Safety pins@pin tudung pun ok

4. Ziploc bags-to ask my sister if she has extra

5. medication & 1st aid kits-vicks, uphamol, handyplast, minyak angin@bam serai (i have to put in small bottle lor)

6. small note & pen

7. baby powder-replace perfume

8. Tissue-dry & wet (P/s: FJ, i bring wet tissue extra ok?)

9. 1/2 small towel-for facial & etc

10. raincoat/poncho/umbrella-importants! huhu i need to find my poncho after this. forgot where i put.

11. Digicam & cable & cover for two-pin plug (for hp actually)

12. Guidebook/printed info for attractive places to visit (if printer ok lor, if not depend on our taxi driver cum tourist guide ;)

13. jackets-can't stand the aircond in airplane.colds!

14. Compass-FJ can you confirm 1st?

15. Clothes-for 4 days & not to forget ( 1 pair of clothes for 'mandi air terjun')

16. Things needed when travel in caves:-

a. flashlight
b. poncho@waterproof jacket
c. facial towels & hats (protection from bird/bat dropping)
d. drinking water
e. a pair of shoes with good grip (the cave floor might be slippery)
f. snacks (save money, not to buy snacks@tourist price)

the rests depend on you. Just remember to bring extra empty bags if you plan to buy some souvenirs to bring back home okay?

Friday, November 14, 2008

Cuti-cuti Malaysia pasni!!!!

It's my turn to utilize my AL coz this year dah nak abiskan? such a waste if i'm not taking any leave since my first day in my new company. Frustrated at first, my boss give lot of reasons why i can't take my leave, first reason was no one will take over my job (pergh) , like i can't plan earlier my job duhh. ala stakat prepare all pymt & updating accounts i think someone can manage it, or at least i can prepare all before my leave. 2nd reason, your leave must be informed earlier than 1 month (pergh again) aihh kire 1 month standard le. 3rd reasons, it's not fair to my boss leaving my job to her, which means saje nak bg reasons so that i will shut my mouth, juz agree with all her words. Yerh la tu, my AL is my rights, so i deserve it!!!

Anyway after confirmed with my senior that she will take over my job, i felt release & ease. Alhamdullillah, my AL form all signed. Yehooo!

I really excited abt the special trip that me n my friends plan 2 months earlier. Try all my best to make this trip fun, enjoy & main thing not to remember anything abt my job for 4 exciting days. Hopefully, we all satisfied with what we have plan for this trip ;)

Monday, November 3, 2008

Yoga Menyesatkan Umat Islam?

Sumber: Berita Harian Online, November 2008

GEORGETOWN: Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.

"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.


Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya.

Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.

Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari.

“Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.

“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.

Pendapat aku:

Yoga ada bermacam-macam jenis. Bagi aku lah yoga yang hanya melibatkan regangan, pergerakan badan dan cara pernafasan yang betul tidak menyesatkan umat islam kecualilah mulut kite terkumat-kamit ikut bahasa sanskrit yang kite memang tak faham maksud tapi ikut je buta tuli, kepercayaan dan pergerakan seperti menyembah selain dari yang Esa, Allah s.w.t . Lagi satu yoga ni ada kesan baik contohnye fikiran dan badan kita rasa tenang dari segala masalah@bebanan dunia, cara pernafasan pun betul dan pemikiran lebih fokus dan paling penting kelebihan tau, kalau sebagai seorg muslim
sambil beryoga sambil berzikir dengan ayat al-Quran. Kesimpulannye, bertambahla amalan ibadah kite kepada Allah sebagai sebahagian pelaburan akhirat.

Mungkin kawan aku tegur untuk kebaikan tapi org kite yang cepat gelabah bila keluar je berita cakap mcm di atas. Mungkin juga aku yang terlibat dalam kelas yoga ni perlu ambil langkah berhati-hati@
precaution di masa akan datang. Kalau melalaikan@menyesatkan, baik aku join kelas martial arts lain lak pasni. Syukur alhamdullilah ada juga sahabat-sahabat sejati di dunia ini...