Sunday, November 23, 2008

Yoga Haram?

Majlis Fatwa haram yoga

-berita harian online 22 nov 08



ABDUL Shukor menunjukkan kenyataan mengenai kedudukan senaman Yoga selepas dibincang Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Malaysia.

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.


"Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.


"Oleh itu, masyarakat Islam wajib berhati-hati dan berwaspada daripada melakukan perkara yang boleh menghakis dan memesongkan akidah menerusi kepercayaan atau keyakinan hati, menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim yang juga Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Abdul Shukor berkata, senaman yoga yang diperkenalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi tidak sesuai bagi umat Islam kerana ada dua perkara didalamnya yang boleh menghakis akidah umat Islam iaitu kepercayaan untuk bersatu dengan tuhan dan mantera pemujaan.


"Kita harap umat Islam lebih berhati-hati dan kalau boleh segera menghentikan kerana dikhuatiri kalau tidak tahu matlamatnya (bersatu dengan tuhan) boleh menyebabkan kita menjadi sesat.

"Ini kerana ada umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak tahu matlamatnya. Sebenarnya ilmu yoga mengandungi tiga peringkat iaitu ajaran untuk mendatangkan kesihatan, keduanya membersihkan jiwa dan kekuatan fizikal dan peringkat ketiga bersatu dengan tuhan," katanya.

Baru-baru ini seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Amalan yoga didakwa dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Singapura dan Mesir turut mengeluarkan fatwa melarang umat Islam di negara itu mengamalkan senaman yoga kerana memutuskan perkara itu mengandungi bidaah dan sesat kerana mengandungi unsur agama Hindu.

Katanya, keputusan melarang umat Islam melakukan senaman yoga dibuat dalam persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bahru, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober dan ia akan dipanjangkan kepada semua majlis agama Islam negeri untuk diwartakan.


Komen saya:


1 nasihat yg baik yg aku baru baca kt blog FJ, seperti terkena batang hidung sendiri.huhu tapi aku terima dgn hati terbuka. Sebenarnye, sebelum keluar berita ni, ada la join kelas yoga just to fill up my free time and at same time kelas ni x melibatkan stamina yg byk (ada join kelas taekwondo tapi mcm nak pengsan je lepas habis kelas, stamina x cukup & exercise pun malas :P), jadi aku berpendapat yoga adalah kelas yg sesuai utk org spt aku ni. After a while, on & off pergi kelas disebabkan beberapa perkara spt penat keje sabtu, slu kena demam selsema, perut dah isi makanan (cikgu slu pesan 3 jam sblm klas x blh makan sb pergerakan fizikal yg dibuat nti akan menyebabkan badan kita akan memuntahkan balik apa yg dimakan@diminum esp kopi,teh dan susu) & pergi kenduri/bercuti, akhirnya byk ponteng kelasni. aku dapat join pergi kelas lpas raya pun 2 kali je. Rasa mcm ada byk halangan & paling menarik tpt pusat latihan ni dah berpindah ke tpt yg jauh, so lagila bertambah halangan. Halangan2 ni ada hikmah di sebaliknya, aku perlu bertindak utk tidak lg join kelasni dan kemungkinan memilih utk pergi join martial arts lain. Just to add, pagi tadi kt radio IKIM pun siarkan tajuk pasal yoga ni tapi lebih kepada meminta pendapat org ramai xtvt ape yg sesuai menggantikan yoga. bagus juga dengar byk pendapat org yg blh dijadikan contoh spt membuat solat2 sunat, berjogging dan senaman ringan. Kalau dah malas nak kluar, dalam rumah pun boleh exercise cthnye jogging di atas treadmill dan rajin2 kan diri buat solat2 sunat :)



1 comment:

  1. beb, no hard feelings eh? itu pendapat aku je, tp secara umumnya kat msia ni dah terbagi dua, para ulamak sebenarnya dah lama dh tak berkenan yoga-yoga ni.cuma br skrg jakim amik inisiatif n kaji. mlgnya, tak semua pihak berwajib di negeri2 setuju dan nak ikut fatwa kebangsaan tu.heran kan? macam2 alasan dibagi termasuklah katanya KENA RUJUK MAJLIS RAJA2 DULU.wah, raja lagi berilmu daripada ulamak rupanya?? so beb, kita tepuklah dada tanyalah iman..benda2 syubhah elok dijauhi..wallahua'lam

    ReplyDelete