Tuesday, January 13, 2009

'My Father' Movie!


saje nak buat ringkasan pasal satu filem korea yg paling best pernah tengok baru2 ni kt Astro Kirana.He3 sebab ade la mber2 ty tak update blog ke?? hahaha ni je ide yg muncul kt kepala aku buat masa ni ;)

movie based on true story.huhu sedih sangat walaupun tgk tgh2 jalan cerita & aku baru tukar ke channel ni sebab tercari2 movie best utk layan sorang sb timing movie ni start pun dah kul 10 mlm. Jadi kebykn family dah tido. Hu3 layan emosi dan nangis sorang2.

Penceritaan sangat simple, pengalaman pencarian ayah sebenar di Korea Selatan selepas dia mengetahui dirinya diambil sbg anak angkat bagi sebuah keluarga di Amerika Syarikat. Banyak cabaran & dugaan yang dihadapi tapi James (nama sbnr Daniel Henney yang handsome ;)) tak berputus asa, ketika bekerja sbg sukarelawan tentera di Korea berusaha mencari ayah kandungnya. Sehingga pada satu hari, akhirnya pencariannya tamat.

Ingat dah happy ending hu3 tapi ayah dia rupa-rupanya dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah kerana membunuh. Membunuh seorang wanita dan anak2 die. Macam x percaya tgk pakcik ni pembunuh je. :P muka baik. Macam2 James buat utk mempertahankan ayah dia tak bersalah e.g buat piket sorang2 dia.

Selepas pakcik ni tau ada orang mencari dia, dia berasa gembira sangat dan sentiasa berhubungan dgn anak dia termasuk sanggup hafal lagu favorite anak die (English song la sb die membesar pun di US kn). Cara mereka berkomunikasi juga mengharukan kerana masing2 menggunakan bahasa berbeza, dia hanya tahu bahasa Inggeris dan ayahnya pula tahu bahasa Korea saja. Tapi perbezaan bahasa x menjadi masalah, kasih sayang antara mereka tetap kukuh.

Timbul masalah bg ayah dia bila James cuba mengorek rahsia satu per satu mengenai ibu kandungnya. Ayahnya berat hati nak memberitahu perkara sebenar berlaku tapi satu hari James dapat tahu bahawa rupa2nya seorang lelaki yang dianggap ayah selama ini bukanla ayah kandungnya melalui ujian DNA (amik rambut beruban ayah die g test kt klinik).

Dia dah tau hakikat sebenar, sukar baginya nak terima sehingga hampir hilang akal dan x dapat terima kenyataan. Sedih tgk die cederakan diri sendiri.hu3 lalu dia x pergi melawat ayah dia di penjara berhari2 lamanya. Ayah dia hairan dan sedih, tertanya2 keadaan sebenar anak dia.

Akhirnya, James berhadapan dgn ayah die bertanya perkara sebenar. Ayahnya mengaku menipu dan berjanji akan beri gambar ibu kandungnya. Sanggup lakukan apa saja walaupun dibuli dan dibelasah teruk2 asalkan dia dapat gambar ibu kandung James. Tambah sedih bila tgk die merayu minta gambar kt org yg membuli dia, kemudian dibelasah lagi. Selepas merayu pun x dapat lg kena belasah, die kuatkan semangat membelasah balik pembuli sehinggalah tahap membunuh. Mungkin sampai ke tahap luar kesedaran dia, asalkan dia dapat gambar perempuan itu.

Pegawai2 penjara perasan apa yg berlaku, lalu kena belasah lagi dan terus dimasukkan ke sel berasingan. Gambar itu berjaya di ambil dan di simpan dalam mulut. Menangis lagi tgk die meluahkan dan membuka gambar tersebut dan menangis rindu kt anak dia dan teringatkan kenangan lama.

James datang utk kali terakhir berjumpa ayah dia, gambar ibunya diberi. Terharu lagi tgk James buatkan album gambar sepanjang perkenalan dgn ayah dia. Betapa akrabnya hubungan ayah dan anak walaupun sekejap dan di pisahkan oleh sekeping cermin bangunan penjara.

Setelah apa yg terjadi, James masih mengaku lelaki itu ayah dia walaupun bukan ayah kandung sebenar. Kasih sayang suci yang lahir, x mengenal siapa. He3

X kisah ending cmnepun, yg penting ada pengajaran di sebalik cerita. Banyak yg blh diambil iktibar. Sayangi ibu dan ayah ketika mereka masih hidup di dunia ini. Tanpa mereka, siapa la diri kita ini.

Sekian, tamat cerita :P

4 comments:

  1. alamak, aku bc sinopsis dia pun aku dh terharu sgt2 beb. nak kena tgk ni, dhla hero ensem bgt! hihihi.. nim, mana gmbr afnan??

    ReplyDelete
  2. aku tgk "my captain, mr underground" citer korea semalam. kisah yg sederhana tapi comel dan sarat dengan moral. sedih sampai bergenang air mata, huhu

    ReplyDelete
  3. eh anim, mcmane u bole terjumpe gamba suami i ni? die mmg hensem tp i segan nak menunjuk-nunjuk kat kwn2... hahahhahahahhahaha

    ReplyDelete
  4. erm..lehla cari pirates cite ni kt mlke baru.. haha.. thanx anim.. layan..jgn x layan..

    ReplyDelete