Sumber: Berita Harian Online, November 2008
GEORGETOWN: Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.
"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.
Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya.
Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka.
Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari.
“Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran.
“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.
Pendapat aku:
Yoga ada bermacam-macam jenis. Bagi aku lah yoga yang hanya melibatkan regangan, pergerakan badan dan cara pernafasan yang betul tidak menyesatkan umat islam kecualilah mulut kite terkumat-kamit ikut bahasa sanskrit yang kite memang tak faham maksud tapi ikut je buta tuli, kepercayaan dan pergerakan seperti menyembah selain dari yang Esa, Allah s.w.t . Lagi satu yoga ni ada kesan baik contohnye fikiran dan badan kita rasa tenang dari segala masalah@bebanan dunia, cara pernafasan pun betul dan pemikiran lebih fokus dan paling penting kelebihan tau, kalau sebagai seorg muslim sambil beryoga sambil berzikir dengan ayat al-Quran. Kesimpulannye, bertambahla amalan ibadah kite kepada Allah sebagai sebahagian pelaburan akhirat.
Mungkin kawan aku tegur untuk kebaikan tapi org kite yang cepat gelabah bila keluar je berita cakap mcm di atas. Mungkin juga aku yang terlibat dalam kelas yoga ni perlu ambil langkah berhati-hati@ precaution di masa akan datang. Kalau melalaikan@menyesatkan, baik aku join kelas martial arts lain lak pasni. Syukur alhamdullilah ada juga sahabat-sahabat sejati di dunia ini...
Jaringan Setiakawan & Approach Bijaksana Dlm Dakwah
10 years ago
Nim, aku baru sembang dengan kwn aku Mr. G pasal ni, pastu tiba-tiba kluar paper! I told Mr.G, "JAKIM baru nak sudahkan kajian 6 bulan tapi u dah reach a conclusion". Becos he blogged on YOGA and its association with Hinduism too. Ko msih continue kelas ke, yg dgn yana tu ke? Bagusnye korang, rajin! But I dare not comment much on the subject sbb aku taktau n tak penah kaji asal-usul dia. Setakat tau on the surface ttg kaitan dgn agama. Hmm..kalau pergerakan2 dia tu sebenarnya ada makna tertentu dari simbolik agama depa then mungkin kat situla masalahnya. Apapun kita tngla kata putus hukamak
ReplyDelete